1. Elakkan dari mengambil teh dan kopi
Nikotin, alkohol dan juga kafein adalah stimulan atau
perangsang jadi ianya bukanlah agen penenang. Sekiranya anda stress,
janganlah mendekatkan diri dengan rokok, minuman keras, kopi atau teh,
sebaliknya dekatlkan diri dengan Tuhan. Insya ALLAH tenang jiwa.
2. “Aku boleh atasinya”
Setiap kali anda berasakan diri akan didatangi stress, (mungkin
sebab kerja atau pun masalah yang datang menjelma), apa kata anda
berkata kepada diri anda sendiri, “Aku boleh atasinya!!!” Pastikan anda
katakan dalam hati dan bukan laungkannya sehingga pekerja di pejabat
blok seberang pun boleh dengar, nanti ambulans Hospital Tanjung Rambutan
yang sam
pai. Ulanginya dalam hati berulang kali untuk mengingatkan anda
yang anda SEMEMANGNYA boleh atasi apa jua masalah yang melanda.
3. Bersetuju dengan orang lain sesekali
Kehidupan ini bukanlah satu medan pertempuran. Walaupun anda
tidak setuju dengan apa yang rakan sekerja katakan dalam mesyuarat pagi
tadi, elakkan konflik yang tidak perlu dengan bersetuju sahaja apa yang
dicadangkan rakan sekerja atau bos anda. Tak salahkan? Asyik nak ikut
cara anda sahaja, mana boleh. Sesekali kita kena ikut rentak orang
walaupun mungkin ianya membebankan lagi kerja. You have got nothing to
lose.
4. Dengar apa kata tubuh anda
Jika berasa letih, penat, lapar dan dahaga, jangan hiraukannya
dengan terus melakukan kerja. Kelak anda yang akan sakit dan apabila
anda sakit maka kerja pon anda tak boleh lakukan dan apabila tak boleh
buat kerja maka bos akan menggantikan tempat anda dengan pekerja baru
yang lebih sihat. Nampak tak rantaiannya? Dan anda berhak apa untuk
rehat selama sejam sehari, gunakanlah hak itu!!!
5. Belajar untuk kata “TIDAK!!!”
Tadi di atas saya ada suruh kata YA sesekali bukan? Anda juga
kena belajar untuk berkata tidak. Bukan suruh kata tidak setiap masa
sebab kalau anda buat macam tu kalau saya bos anda saya sendiri akan
tampar anda kerana semuanya tidak. Katakan tidak juga kepada beg
plastik. Itu contoh, nampak tak? Pada keadaan tertentu, anda perlu kata
tidak dan pastikan anda kotakan Tidak itu tadi. Contoh, anda baru pulang
dari pejabat keletihan, kawan anda mengajak lepak kelab malam, katakan
tidak. Jika anda kata YA sebab ianya satu bentuk anda berehat, anda
silap. Rehat apanya? Joget sana joget sini. Tunggang sana tunggang sini.
Kan awal tadi saya kata, elak alkohol.. Lu pikirlah sendiri.
Jumat, 06 September 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Lencana Facebook
by : BTF
Popular Posts
-
foto ini di ambil di rumah ayuni waktu dia sakit kami jenguk dia. ini foto waktu saya lagi buka bersama dengan anak smp negeri 2. ...
0 komentar:
Posting Komentar